Friday, May 11, 2012

FCU DAH HABIS STOK??

Salam FOGgers dan rakan-rakan FZians,


Menurut sumber yang kami terima, batch terakhir FCU yang dikeluarkan oleh FSRTech telah habis dijual. Kepada bakal-bakal pengguna FCU ataupun rider FZ yang masih belum mendapatkan lagi FCU ini, jangan risau, batch terbaru akan dikeluarkan secara besar-besaran dan akan mula didapati di hampir setiap bengkel atau kedai aksesori motor di Malaysia.

Melalui perkabaran angin sepoi-sepoi bahasa yang kami terima, FSRTech telah berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mengadakan kerjasama strategi dengan sebuah syarikat menjual aksesori terkemuka di Malaysia. Berkenaan harga baru bagi FCU ini masih belum dapat dipastikan. Sama ada harganya kekal, lagi murah atau lagi mahal dari yang asal. Tetapi apa yang penting, produk FCU ini tidak akan terhenti pengeluarannya, dan masih akan dikeluarkan untuk semua pengguna FZ150i di Malaysia.

Kami berharap agar syarikat FSRTech ini akan lebih maju dimasa akan datang dan dapat memecahkan monopoli penjualan aksesori performance daripada negara seberang. Bagi yang masih tidak tahu apa itu FCU, sila ke link ini http://fz150iownersgroup.blogspot.com/2012/03/apa-itu-fcu.html untuk mendapatkan informasi mengenai FCU.

link syarikat FSR Technology : http://fsrtech.com/fcu
lain-lain info berkenaan FCU : MotoMalaya

p/s: Ninja 250 pun nak pakai FCU ni. :)

1 comment: