Thursday, May 17, 2012

RIDE SAKIT PUNGKOQ HISUN

Assalamualaikum,

Post kali ni kami nak share satu lagi acara yang cukup best dan mencabar iaitu Ride Sakit Pungkoq (RSP) Hisun. Bagi yang tidak tahu, Hisun merupakan sebuah kedai membaiki kusyen bertempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selain kusyen sofa, Hisun terkenal dengan hasil kerja yang sangat teliti dalam pembuatan seat untuk FZ150i, LC dan pelbagai jenis motor lagi. Selain Kusyen Maya Batu Pahat, Hisun terlebih dahulu diisytiharkan sebagai tempat untuk membuat seat FZ150i. Berbalik kepada RSP Hisun, seramai 4 orang FOGgers telah menyahut cabaran untuk ke Hisun pergi dan balik pada hari yang sama sejauh 680 km. Oleh kerana itu, ride ini dinamakan Ride Sakit Pungkoq Hisun.

Menunggu Haris di hadapan Tesco Ampang
Motor ada, tuan punya motor hilang. Kemanakah Marshall FOG menghilang??
FOGgers yang turut serta adalah Marshall Rashdan, Haris Acaris, Anwar Ismail dan Khairol Kyroll. Mereka berkumpul seawal jam 3.00 pagi pada hari Sabtu 12 Mei 2012 di R&R Jejantas Sg. Buloh. Sedikit acara meregangkan badan dilakukan sebelum bergerak. RSP mula tayar golek jam 3.15 pagi.






Sarapan dulu sementara tunggu kedai bukak
Mengeteh menyepam dan pelbagai acara turut diadakan di kedai ini.
FOGgers ting tong sebab tak cukup tidur. :)
Sekitar jam 5.15 pagi, FOGgers telah sampai ke Tapah untuk regroup bersama 2 orang ahli FZ150i Perak. Mereka mula bergerak semula untuk tiba di Permatang Pauh sebelum kedai Hisun buka. Tanpa sebarang masalah, mereka tiba di Hisun sekitar jam 7.15 pagi. Kedai masih tutup dan sesi menyarapankan diri bermula.
Sample seat.
Tekun Apek ni potong & jahit seat ni.
Semangat untuk tengok hasil-hasil seat di Hisun
Mengurang dan menambah span pada seat motor
Sekitar jam 9.00 pagi, bermulalah sesi menukar bentuk seat masing-masing. Untuk makluman di Hisun, corak atau rupa bentuk seat untuk dibuat adalah terhad seperti beberapa contoh yang tergantung pada dinding kedai. Tapi dari segi material dan tambahan aksesori seperti sticker untuk seat tersangat la banyak. Hanya perlu pandang dan pilih sahaja.

Motor FZ150i ala-ala KTM Duke 690
Unik gak motor ni, airscoop tak da, tank penuh dengan salotape. :)
Kedai Hisun ini amat terkenal dalam komuniti permotoran. Bukan sahaja FOGgers yang ke sana tetapi beberapa lagi group-group kecil FZ150i turut kesana untuk membuat seat. Jangkaan masa bagi sesebuah seat untuk disiapkan adalah sekitar 30 minit hingga sejam mengikut design yang dipilih. Sementara menunggu, sebuah motor FZ150i yang agak unik tiba untuk membuat seat disitu. Apa yang uniknya mengenai motor ini, pemiliknya telah mengubahsuai lampu hadapan motornya menggunakan lampu Madass dan cover fiber. Memang sangat menarik dan Rare lampu tersebut.

Orang lain makan tengahari, abang Marshall kita dok pikir camna nak tangkap ikan.
Sesi sembang menyembang bergebang turut disulami sepam menyepam menghiasi saat-saat manis di Kedai Kusyen Hisun. Sesudah penat bersembang, FOGgers telah ke kedai makan terdekat bagi makan tengahari. Sekitar jam 3 petang, kesemua 6 seat FOGgers termasuk 2 seat dari FZ150i Perak telah siap sepenuhnya. Kelihatan kegembiraan yang tak terkata walaupun penat ride dari Kuala Lumpur.

Hasil-hasil Seat dari Hisun
Hasil-hasil Seat dari Hisun beserta sticker.
Hasil-hasil Seat dari Hisun beserta sticker
Bergambar dengan Tokey kedai
Mereka bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang dan kemudian berpecah daripada group FZ150i Perak di Ipoh. Kerana keletihan dan tidak cukup tidur, FOGgers telah melakukan beberapa hentian pit stop yang agak lama. Antara aktiviti di pit stop adalah tidur, tidur, tidur, mengeteh, dan menyepam. Walaupun dalam keadaan keletihan, FOGgers berjaya sampai di tol Jalan Duta sekitar jam 9.30 malam. Untuk menampakkan lagi ride ini betul-betul Ride Sakit Pungkoq, beberapa FOGgers telah turut serta dalam mini TTS FOG di Taman Medan, Petaling Jaya.

Lepak kejap ambil angin sebelum sambung ride.
Seronok kacau orang tido. Penat sangat ye bang. 
Perjalanan sejauh 680 km dari Restoran Jejantas Sg Buloh ke Permatang Pauh dan balik ke Tol Jalan Duta
Alhamdulilah atas kerjasama semua pihak, RSP kali ini berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada FZ150i Perak iaitu Bob Sirim dan rakan-rakan kerana turut serta memeriahkan RSP Hisun kali ini. Perjalanan sejauh 680 km dari Restoran Jejantas Sg Buloh ke Permatang Pauh dan balik ke Tol Jalan Duta telah diisytiharkan sebagai RSP yang sukses. Insyallah akan ada lagi RSP yang akan dilakukan FOGgers. Menyahut tagline FOG iaitu Ride With Passion, Unite With Mission. Sekian, Wasalam.


RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

p/s: Event seterusnya adalah majlis bacaan tahlil di rumah Bro Zul Fakhri bertempat di Klang, Selangor.

gambar kredit kepada : Anwar Ismail

5 comments:

  1. Huh...best....tapi pnat...awal pagi tu..

    ReplyDelete
  2. agak2 brapa cost utk seat nih??

    ReplyDelete
  3. Bro... boleh tye... bape ingit buat seat siap steaker tu ye? Sy plan nak pegi buat jgk...

    ReplyDelete