Saturday, March 17, 2012

RIM SUKAN LEBAR FZ150i

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Untuk posting kali ini admin akan berkongsi sedikit mengenai Rim Sukan atau Sportrim Lebar untuk FZ150i. Terdapat beberapa jenis sportrim lebar di jual diluar sana. Mungkin ada yang takut ianya tidak berkualiti atau terlalu mahal dari harga sebenar. Jadi admin akan berkongsi apa yang perlu anda tahu mengenai sportrim lebar ini.

1) Sportrim Chemco






















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.5"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang
- Design sama dengan Ninja 250

Ulasan:
Sportrim Chemco merupakan antara sportrim yang terbaik dipasaran setakat ini. Rim Chemco ini dibuat mengikut spesifikasi sebenar seperti rim di motor Kawasaki Ninja 250. Hasil pembuatan rim ini cukup kemas. Rim Chemco turut didatangi bersama disk brek belakang dan bearing. Pada yang mahu menggunakan sportrim ini, disk brek belakang perlu digunakan. Boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam kusam (flat black) , putih dan orange.

Harga:
RM800 - RM950

Kedai yang menjual:
- Dobot Enterprise (Seri Kembangan)
- Shahrul Spinout (online FB)
- Faito Sentul
  

2)  Sportrim Mito

















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.5"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang
- Design sama dengan Ninja 250

Ulasan:
Sportrim Mito ini boleh dikatakan klon kepada sportrim Chemco. Kualiti tidak sama dengan rim Chemco tetapi boleh dikatakan antara 5 yang terbaik dipasaran. Rim ini mempunyai design seperti sportrim Ninja 250. Hasil pembuatan rim ini juga boleh diberi 8.5/10 bintang. Sportrim Mito didatangi bersama disk brek dan bearing. Penggunaan disk brek adalah wajib untuk sportrim ini. Perbezaan antara rim Mito dan Chemco yang paling ketara adalah dari segi finishing. Rim Mito slalunya didatangi dengan warna hitam glossy manakalah rim chemco didatangi dengan warna hitam kusam atau flat black.

Harga:
RM700- RM850

Kedai yang menjual:
- Dobot Enterprise (Seri Kembangan)

3) Sportrim RGV





































Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.75"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang / Brek drum



Ulasan:
Sportrim RGV ini boleh dikategorikan dalam rim yang mampu milik serta mempunyai kualiti yang baik. Sportrim RGV ini mempunyai design yang agak menarik samaada 6 spoke atau pun 3 spoke. Sportrim ini didatangi dengan bearing dan anda boleh memilih samaada ingin mendapatkan hub dan brek disk sekali. Rim ini membenarkan anda memilih samada ingin menggunakan disk brek atau pun brek drum yang sedia ada. Didatangi dengan warna hitam glossy.

Harga:
- RM400-RM500 rim sahaja.
- RM600-RM700 beserta disk brek dan hub.


Kedai yang menjual:
-Dobot Enterprise (Seri Kembangan)

4) Sportrim HMF





















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.75"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Drum brek

Ulasan:
Sportrim HMF merupakan sportrim top 5 dari segi kualitinya. Sportrim ini juga mampu dimiliki oleh semua kerana harganya yang berpatutan. Sportrim HMF ini juga mempunyai 2 design iaitu 5 spoke dan 3 spoke. Rim ini didatangi lengkap dengan bearing. Kualiti pembuatan boleh dikategorikan sebagai 'OK' dengan harga yang ditawarkan. Selain warna hitam kusam (flat black), warna lain untuk sportrim ini adalah warna gangsa (bronze).

Harga:
- RM450- RM550

Kedai yang menjual:
- Adam Malik (online FB)
- Shahrul spinout (online FB)
- Faito Sentul
- Strom Shah Alam
- Y&E

Ulasan penuh mengenai sportrim lebar:

Bagi mereka yang masih belum memiliki sportrim lebar, beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum dan selepas memiliki rim tersebut. Bagi tayar yang sesuai digunakan, rim hadapan sesuai menggunakan tayar bersaiz 90/80 dan maksimum adalah saiz 110/70. Untuk rim belakang pula, tayar yang sesuai adalah tayar bersaiz 110/70 dan maksimum 140/60.Saiz tayar juga bergantung kepada jenis kerana sesetengah tayar mempunyai bentuk yang akan menyebabkan tayar tersangkut di swing arm seperti tayar corsa S123. Maksimum untuk tayar corsa S123 dipasang di sportrim lebar FZ150i adalah 130/70. Saiz yang paling ideal dan tidak menggangu prestasi motor anda adalah hadapan 90/80 belakang 120/70.

Apabila anda menggunakan sportrim lebar, anda akan berasa sedikit berat dan susah untuk korner disebabkan berat dari tayar dan bukannya sportrim. Ini kerana berat sportrim lebar adalah lebih ringan berbanding rim standard / original. Kesukaran untuk korner pula adalah disebabkan kelebaran tayar anda yang lebih lebar dari tayar standard pada rim standard. Selepas memasang sportrim lebar, anda digalakkan untuk mencuba terlebih dahulu kerana terdapat masalah berlaku dimana pemasangan tidak betul dan rim menjadi senget serta tayar bergesel dengan swingarm.

Bagi mereka yang membeli sportrim lebar tiada brand atau brand V. Rossi yang mudah didapati di kedai aksesori, anda diminta untuk memastikan sub bush (besi antara bearing) digantikan dengan sub bush original daripada rim asal anda. Ini kerana, jika penukaran sub bush tidak dilakukan. Kemungkinan untuk bearing anda pecah adalah tinggi.

Mitos mengenai pemasangan rim lebar akan mengurangkan top speed adalah tidak benar sama sekali. Namun begitu, pemasangan rim lebar akan melambatkan anda untuk mendapatkan top speed (pickup turun sedikit). Akan tetapi, anda akan mendapat kestabilan yang maksimum dengan penggunaan rim lebar. Seperti contoh, kebiasaan apabila anda memotong lori, angin dari lori akan menyebabkan motor anda terhuyun hayang, tetapi dengan rim lebar perkara seumpama itu tidak lagi akan berlaku.

Bagi yang belum menukar kepada sportrim lebar, anda amat disarankan untuk menukarnya. Penukaran sportrim lebar bukan sahaja mencantikkan motor anda dan kelihatan seperti superbike, tetapi ianya turut memberi keselesaan ketika diatas jalan dan juga mengambil korner. Sekian.

-HakimyJury-


18 comments:

  1. bro, ade no contact dorang tak??

    ReplyDelete
  2. admin,,, kalo rim 3 batang tu, mkn bearing ken..?

    ReplyDelete
  3. http://www.mudah.my/Sport+Rim+X1R+18L+YAMAHA+FZ150i-16375577.htm

    salam admin blog FOG nak tanya kualiti untuk rim sukan ni ok dak!?

    ReplyDelete
  4. jangan lupa like page https://www.facebook.com/KamiMahuRimLebarX1rFz150iVersiDiscBelakang
    hihihihi

    ReplyDelete
  5. kalau pkai rim lebar ni,
    tayar belakang 130/70 boleh masuk tk?
    gesel tk dgn swing arm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..bro rashdan da pakai...cuma x boleh pakai cover rntai je la

      Delete
  6. salam bro, tanye skt.. kalu pki rim rossi kena guna sub bush original daripada rim asal, sub bush rupa cmner?

    ReplyDelete
  7. salam bro...nak tanye..ade effect pada enjin x kalau pakai rim lebar nieh?...ade yg berpendapat enjin kene 'kerja keras' untuk mngerakkan jenterA nie...betul ker?..nubis..

    ReplyDelete
  8. apakah set spoket terbaaik untuk rim lebar..?..atau pakai set standard jer?

    ReplyDelete
  9. salam bro , kalau pkai rim standard , tayar depan saiz 90/80 and blakang 110/70 boleh masuk tak ? ataupu kena tukar sportrim dahulu ? , tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. rim stended gua rasa takat tayar depan 90/80 & belakang 110/70 xde hal lah. maksimum size tu. kalau lebih daripada tu mmg kena tukar rim lah, kalu x nampak tayar mcm gelebeh sket bro. gua pun baru cadang nak tukar tayar lebar je dulu, rim blum lg. try dulu tgk camne rase

      Delete
  10. Klw boleh masuk kt lc135 kn best lame dah mengidam nk pakai rim besar ni

    ReplyDelete
  11. salam..klu fz 1st model nk pakai tayar saiz 110 dpn & 120 blkg muat x?

    ReplyDelete
  12. Admin...sport rim Chemco tu boeh masuk LC 135 tak?

    ReplyDelete
  13. Admin...sport rim Chemco tu boeh masuk LC 135 tak?

    ReplyDelete
  14. admin da x pakai fz bro.. da angkat z800.. haha

    ReplyDelete
  15. Fz150i kluaran 2014, masih guna rim ori, tp nk msukkn tyr 150, ok tak?

    ReplyDelete