Showing posts with label rumors. Show all posts
Showing posts with label rumors. Show all posts

Friday, May 11, 2012

FZ150i / Vixion 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di internet sekarang sedang berlegar-legar gambar spyshot Vixion / FZ150i 2012 yang sedang dipandu uji di Indonesia. Tak percaya jom tengok gambar dibawah.



Gambar computer rendering Vixion / FZ150i 2012

Menurut sumber dari seberang, beberapa gambar Vixion 2012 telah berjaya diambil semasa uji pandu. Tetapi spesifikasi jentera ini sehingga kini masih belum diketahui umum. Apa yang dapat dilihat, perubahan yang sangat ketara ke atas model terbaru ini (jika benar), dari reka bentuk seat, sport rim, handle, dan air scoop mendapat sentuhan lebih moden dan lebih kepada street bike. Adakah Vixion / FZ150i ini akan turut di pasarkan di Malaysia?? Tanda tanya yang masih tidak dapat dijawab sehingga ke hari ini. Diharapkan agar Hong Leong Yamaha tidak kedekut untuk memasarkan model terbaru ini ke Malaysia.

Sekian, Salam.

p/s: info angin sepoi-sepoi bahasa dari rakan bekerja di Kilang HLY, proses pemasangan beberapa motor berkapasiti 250cc sedang dijalankan Yamaha untuk proses pandu uji.

thankz for the tips: Bro Jass n Google Images.

RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

FCU DAH HABIS STOK??

Salam FOGgers dan rakan-rakan FZians,


Menurut sumber yang kami terima, batch terakhir FCU yang dikeluarkan oleh FSRTech telah habis dijual. Kepada bakal-bakal pengguna FCU ataupun rider FZ yang masih belum mendapatkan lagi FCU ini, jangan risau, batch terbaru akan dikeluarkan secara besar-besaran dan akan mula didapati di hampir setiap bengkel atau kedai aksesori motor di Malaysia.

Melalui perkabaran angin sepoi-sepoi bahasa yang kami terima, FSRTech telah berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mengadakan kerjasama strategi dengan sebuah syarikat menjual aksesori terkemuka di Malaysia. Berkenaan harga baru bagi FCU ini masih belum dapat dipastikan. Sama ada harganya kekal, lagi murah atau lagi mahal dari yang asal. Tetapi apa yang penting, produk FCU ini tidak akan terhenti pengeluarannya, dan masih akan dikeluarkan untuk semua pengguna FZ150i di Malaysia.

Kami berharap agar syarikat FSRTech ini akan lebih maju dimasa akan datang dan dapat memecahkan monopoli penjualan aksesori performance daripada negara seberang. Bagi yang masih tidak tahu apa itu FCU, sila ke link ini http://fz150iownersgroup.blogspot.com/2012/03/apa-itu-fcu.html untuk mendapatkan informasi mengenai FCU.

link syarikat FSR Technology : http://fsrtech.com/fcu
lain-lain info berkenaan FCU : MotoMalaya

p/s: Ninja 250 pun nak pakai FCU ni. :)