Friday, May 11, 2012

FOG FREE RIDE KUSYEN BATU PAHAT

Assalamualaikum dan Salam 1 FOG.

Entri kali ni adalah berkenaan konvoi FOG ke kedai membuat kusyen/seat motor di Batu Pahat, Johor. Cadangan untuk membuat seat telah lama dibangkitkan tetapi masalah logistik dan juga persetujuan dari kedai membuat seat telah banyak melambatkan konvoi ini dijalankan. Untuk FOG Free Ride ke Kusyen Maya Karin Batu Pahat ini telah diketuai oleh saudara Zaim aka Red Fjet. Ride ini berlangsung pada 5 Mei 2012 yang lepas dan disertai oleh 11 orang iaitu sebanyak 9 orang FOGgers dan selebihnya pillion.


Jam 7.30 pagi, FOGgers yang excited untuk seat baru mula berkumpul di R&R Nilai dalam keadaan hujan rintik-rintik yang masih berterusan sejak semalam. Tepat jam 8.05 pagi selepas doa dibacakan oleh saudara Azlan, konvoi mula bergerak ke R&R Seremban untuk mengisi minyak. Sekitar jam 8.30 pagi, konvoi mula bergerak semula untuk ke susur keluar Pagoh. Ride memang cukup santai dengan kelajuan tidak melebihi 120km/j kerana permukaan jalan yang agak basah.







Sekitar jam 10.55 konvoi sampai ke susur keluar Pagoh. Dengan hati yang tidak sabar serta teruja teramat sangat, konvoi terus bergerak ke Kedai Kusyen Maya di Batu Pahat. Perjalanan dari susur keluar Pagoh ke Batu Pahat mengambil masa sekitar 35 minit. Setibanya dilokasi, FOGgers disambut oleh Marshall Osama, family CRCS dan juga FZ Batu Pahat. Selepas meletakkan beberapa seat untuk diubah suai, FOGgers yang semakin lapar dibawa ke Beriani Gam Shah untuk menjamu selera.





Dalam bersuka ria menyertai konvoi, perkara wajib tidak dilupakan. FOGgers singgah di masjid sekitar Batu Pahat untuk menunaikan solat Zohor. Setelah selesai solat, geng FZ Johor (CRCS, Batu Pahat, Marshall Osama) membawa FOGgers yang ada ke Pantai Minyak Beku untuk sesi beramas beramah mesra dan sesi bergambiran bergambar. Tidak cukup dengan sesi-sesi yang dinyatakan, FOGgers kemudian dibawa ke kedai tayar terpakai. Suasana kedai yang agak meriah dengan pelbagai tayar-tayar terpakai berjenama dengan harga sekitar RM10-30 ringgit. Antara mereka yang memborong tayar adalah FOGgers Hazril. Kelihatan riak senyuman diwajahnya selepas berjaya menukar tayar baru.





Sekitar jam 4.00 petang, FOGgers dan group FZ johor bergerak semula ke Kedai Kusyen Maya untuk melihat perkembangan seat-seat mereka. Kebanyakan seat untuk pusingan pertama sudah hampir siap. Akan tetapi masih terdapat FOGgers yang masih belum membuat seat mereka. Aktiviti bebas berlangsung di sekitar kedai tersebut antaranya adalah pemasangan lampu berlari lari anak (running light) oleh Anwar Ismail, penyerahan sticker kepada wakil group FZ johor dan pemasangan hon siput vavi oleh Zaim.




Sekitar jam 10.00 malam, masih terdapat beberapa seat yang masih belum disiapkan. Beberapa wakil group FZ Johor telah membawa FOGgers ke kedai Mee Racun untuk makan malam. Seat terakhir siap sekitar jam 12.15 pagi waktu tempatan. Sementara menunggu seat disiapkan, beberapa adegan tidur meniduri berlaku di kedai tersebut akibat keletihan melampau. FOGgers mula bergerak pulang meredah highway ditengah malam yang syahdu sambil meninggalkan kenangan bersama group FZ johor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang membantu semasa di Batu Pahat seperti Meet Uncle Apiz, Zulhafiz, Mamud CRCS, Izzul Hadi, Al Amin serta rakan-rakan FZ yang namanya ingat-ingat lupa (maklumlah banyak sangat). Apapapun terima kasih dan ucapan ikhlas dari FOGgers kepada semua yang memeriahkan konvoi ini iaitu "Korang Memang Best, Padu, Happening". Alhamdulilah tiada perkara yang tidak diingini berlaku semasa konvoi ini.

Sekian, Wasalam.

RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

Coming Soon : FOG Sunday Breakfast Fever Genting Highland.

2 comments:

  1. Kedai kusyen maya kat mana exactly?minta alamat lebih kurang.

    ReplyDelete
  2. KEDAI TAYAR TU AREA MNE,MNTK ALAMAT.

    ReplyDelete