Sunday, May 13, 2012

FZ150i 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum ni kami ada kongsi beberapa keping gambar vixion/FZ150i baru yang diura-urakan akan keluar di Indonesia dan mengantikan FZ150i yang lama (link entri lama). Memang kelihatan berbeza dengan FZ150i yang terdapat di Malaysia sekarang ni. Tapi berita yang kami baru terima daripada rakan FOGgers iaitu Duo Ne, Hong Leong Yamaha telah mengambil langkah mudah dengan mengeluarkan FZ150i yang lama ditambahkan dengan beberapa aksesori sahaja. Yang paling ketara adalah Windshield diletakkan diatas lampu facelift FZ150i.

FZ150i 2012. Gambar kredit kepada Duo Ne @ GTMax Shah Alam



Selain itu seperti yang dipaparkan pada gambar, air scoop FZ150i menggunakan warna merah dan bukan warna hitam. Kemungkinan besar sticker (stripe) pada body FZ150i juga berubah. Menurut beberapa sumber lain, sportrim FZ150i yang baru ini mempunyai corak (design) berlainan dengan FZ150i yang lama. Jadi sama-sama kita nantikan wajah sebenar FZ150i 2012 yang akan dijual tidak lama lagi.

Updated Gambar Penuh 13/5/2012!!!

FZ150i 2012

Komen admin mengenai rupa paras FZ150i yang baru adalah seperti berikut:
Kehadiran windshield dan juga engine cover (sampan) adalah sesuatu yang amat baik kerana kedua-dua aksesori ini adalah antara aksesori yang akan ditambah dahulu (selalu dicari) apabila seseorang itu membeli FZ150i. Corak (design) pada coverset dan juga air scoop kelihatan seperti motor berhias. Terlalu serabut dan tidak menunjukkan sifat elegant FZ150i itu sendiri. Kebanyakan bakal pengguna amat berharap HLY dapat mengantikan tayar stock kepada yang lebih berkualiti, tetapi hampa kerana masih tayar KEraNDA digunakan. Tetapi hakikat mengenai FZ150i ini harus diberi pujian iaitu sistem injectionnya yang begitu menjimatkan minyak. Harga dan spesifikasi dalaman masih menjadi tanda tanya, tetapi melalui gambaran luaran kita dapat tahu bahawa spesifikasi enjin dan lain-lain tidak akan berubah.

Sekian, Wasalam.

p/s: harapan mengunung, tapi dapatnya padang rata je.

credit to : Arizal Abdullah dari group KRC untuk gambar dan Duo Ne & Yusairi for the tips.

RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

No comments:

Post a Comment