Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 16 hingga 17 june 2012, 5 orang ahli FOG yang terdiri daripada
anwar, aziman, azim, sa fic, dan zaidi telah menyertai Kursus Asas
Marshall bertempat di presint 9, Putrajaya anjuran Malaysia Marshall
Community (MMC).
Penyertaan ahli FOG ini adalah
usaha saudara Rasdan selaku marshall yang berpengalaman untuk menambah
Marshall-marshall bertauliah di dalam FOG. Kursus ini memberi pendedahan
tentang asas pengawalan konvoi kenderaan. Selain itu, peserta-peserta
kursus ini berpeluang mempelajari teknik-teknik pemanduan yang selamat
dan betul seperti skil mengambil selekoh yang betul dan lain-lain lagi.
Di harap dengan adanya marshall-marshall bertauliah di dalam FOG ini akan lebih banyak konvoi-konvoi dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan menambah ilmu tentang permotoran. insyaALLAH. :)
|
Wednesday, July 11, 2012
Kursus asas Marshall at Putrajaya
Friday, May 25, 2012
TOP 5 FOGgers BIKE OF THE MONTH
TOP 5 FOGgers BIKE OF THE MONTH
Fifth Place (5th) : Khairul Kroll
Modification:
1. Wide Rim
2. Hisun Seat
3. Handle Guard
4. Tank Condom
5. Sampan
6. Sticker scheme
7. Acerbis front fork cover
MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASSIN FOG
Assalamualaikum,
Dalam berseronok ride sana sini, TTS sana sini, pihak FOG masih tidak melupakan ibadat wajib mahupun sunat. Misi dan visi FOG juga jelas dimana aktiviti-aktiviti keagamaan perlu diterapkan bagi membangunkan sesuatu group kearah yang lebih baik. Oleh itu, FOG telah mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin bertempat di rumah Saudara Zul Fakhri di Klang. Majlis ini turut disokong kuat oleh wakil-wakil daripada FZ Crew dan juga FZ Puchong.
![]() |
| Tuan rumah memberi ucapan sepatah dua kata |
Thursday, May 17, 2012
RIDE SAKIT PUNGKOQ HISUN
Assalamualaikum,
Post kali ni kami nak share satu lagi acara yang cukup best dan mencabar iaitu Ride Sakit Pungkoq (RSP) Hisun. Bagi yang tidak tahu, Hisun merupakan sebuah kedai membaiki kusyen bertempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selain kusyen sofa, Hisun terkenal dengan hasil kerja yang sangat teliti dalam pembuatan seat untuk FZ150i, LC dan pelbagai jenis motor lagi. Selain Kusyen Maya Batu Pahat, Hisun terlebih dahulu diisytiharkan sebagai tempat untuk membuat seat FZ150i. Berbalik kepada RSP Hisun, seramai 4 orang FOGgers telah menyahut cabaran untuk ke Hisun pergi dan balik pada hari yang sama sejauh 680 km. Oleh kerana itu, ride ini dinamakan Ride Sakit Pungkoq Hisun.
FOGgers yang turut serta adalah Marshall Rashdan, Haris Acaris, Anwar Ismail dan Khairol Kyroll. Mereka berkumpul seawal jam 3.00 pagi pada hari Sabtu 12 Mei 2012 di R&R Jejantas Sg. Buloh. Sedikit acara meregangkan badan dilakukan sebelum bergerak. RSP mula tayar golek jam 3.15 pagi.
Post kali ni kami nak share satu lagi acara yang cukup best dan mencabar iaitu Ride Sakit Pungkoq (RSP) Hisun. Bagi yang tidak tahu, Hisun merupakan sebuah kedai membaiki kusyen bertempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selain kusyen sofa, Hisun terkenal dengan hasil kerja yang sangat teliti dalam pembuatan seat untuk FZ150i, LC dan pelbagai jenis motor lagi. Selain Kusyen Maya Batu Pahat, Hisun terlebih dahulu diisytiharkan sebagai tempat untuk membuat seat FZ150i. Berbalik kepada RSP Hisun, seramai 4 orang FOGgers telah menyahut cabaran untuk ke Hisun pergi dan balik pada hari yang sama sejauh 680 km. Oleh kerana itu, ride ini dinamakan Ride Sakit Pungkoq Hisun.
![]() |
| Menunggu Haris di hadapan Tesco Ampang |
![]() |
| Motor ada, tuan punya motor hilang. Kemanakah Marshall FOG menghilang?? |
Monday, May 14, 2012
SUNDAY BREAKFAST FEVER (GENTING HIGHLAND)
Assalamualaikum,
Saja intro kasi gempak ala-ala Harian Metro sikit. Untuk minggu ini, SNiF (Saturday Night Fever) telah digantikan dengan SBF (Sunday Breakfast Fever). SBF kali ini meliputi sesi bersarapan di Genting Sempah, pendakian ke Genting Highland dan juga sesi mandi manda di Hulu Yam Bharu. Jumlah rasmi yang hadir adalah 38 buah motor dengan jumlah 40 orang FOGgers. Turut menyertai SBF adalah seramai 3-4 ahli FZ Crew.
"Genting Highland - Sebanyak 38 buah motor FZ150i pelbagai warna dan toyol telah berjaya menakluki puncak Genting Highland. Lebih membanggakan kata seorang rider bernama Raza, "Saya senang-senang je tapau Ducati, KTM Duke, kalau tak percaya tunggu kejap lagi baru diorang sampai." Lima minit berselang kedengaran bunyi Ducati dan KTM yang baru sampai ke Genting Highland. Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan."
![]() |
| Menunggu ketibaan FOGgers yang lain |
![]() |
| Mengisi masa lapang sambil menunggu. Posing sket. |
![]() |
| FOGgers arah Bangi tiba ke RV Point |
Subscribe to:
Posts (Atom)


















