Thursday, July 12, 2012

RIDE TO GAMBANG WATERPARK

Assalammualaikum dan salam sejahtera

              Pada 30 june 2012 FOG telah menganjurkan konvoi ke gambang water park. Konvoi kali ini diketuai oleh saudara Afzal Nizan.Konvoi kali ini juga diiringi oleh barisan-barisan Marshall bertauliah yang diketuai oleh saudara Rasdan. Antara barisan-barisan marshall baru ialah saudara aziman,sa fic, anwar, firdaus dan dibantu oleh beberapa marshall bantuan.

              Peserta konvoi ke Gambang ini berjumlah seramai 45 orang.Sebelum konvoi bermula, peserta-peserta diberi taklimat oleh ketua konvoi dan ketua marshall tentang pergerakan konvoi di RV point bertempat di hentian Genting Sempah. Bacaan doa diketuai oleh saudara Rasdan bagi memohon kelancaran,keberkatan dan keselamatan konvoi.

              Pergerakan konvoi bermula pada jam 9.00 AM. Saudara Hazril bertindak sebagai arrow head dibahagian hadapan konvoi dan dibantu oleh marshall sa fic dan anwar.Mashall rasdan dibahagian belakang konvoi atau dipanggil tail. purata Kelajuan konvoi ialah 100km/h. Sepanjang perjalan konvoi ke gambang, konvoi berhenti di hentian temerloh dan gambang untuk berehat seketika mengharungi perjalanan sepanjang 220km.

              Konvoi selamat sampai ke tol gambang pada jam 12.30 PM dan disambut oleh ahli-ahli FOG yang menetap di gambang.Setibanya di Gambang, para peserta menjamu selera di Arab House yang terletak 5km sebelum sampai ke Gambang Water Park. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara kemuncak, iaitu sesi mandi-mandi di Gambang Water Park. selepas puas bermandi-mandian, Peserta-peserta berkumpul dan bersiap untuk pulang pada jam 5.30pm.

             Selepas mengambil gambar untuk kenang-kenangan, konvoi bertolak pulang pada jam 6.00PM dan tiba di hentian Genting Sempah pada jam 9.30PM. Selepas bersalam-salaman, para peserta bersurai. Alhamdulillah konvoi selamat sampai pergi dan balik.sekian terima kasih . :)















ketua konvoi ke gambang - Afzal Nizan
khusyuk mengamin kan doa


at gambang water park parking


Marshall rasdan, anwar & aziman

lunch at Arab House





Antara moto yang mencuri tumpuan umum.











           

No comments:

Post a Comment