Monday, April 30, 2012

Saturday Night Fever (SNiF 6)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bertempat di Seksyen 24 Shah Alam pada Sabtu 28 April 2012, FZ150i Owners' Group (FOG) telah mengadakan gathering mingguan atau lebih dikenali sebagai SNiF. SNiF kali ini agak berbeza dari SNiF sebelum ini kerana berlangsung hari yang sama BERSIH diadakan (keadaan agak panas) dan yang penting adalah saudara Dell Piero (FOGgers) telah memberi subsidi untuk setiap burger dan oblong yang dibeli di kedai beliau. Seramai 30 orang FOGgers , 6 orang ahli FZ Crew, seorang wakil dari Kementerian Belia Dan Sukan dan juga pemilik bengkel dan aksesori DOBOT iaitu saudara Azrin telah memeriahkan SNiF kali ini.






SNiF kali ini dibuat bertujuan untuk merapatkan silaturahin antara FOGgers dan juga membincangkan aktiviti-aktiviti yang bakal direncanakan oleh FOG. Antara aktiviti-aktiviti yang dibincangkan adalah Konvoi Kusyen Batu Pahat. Konvoi ini adalah konvoi khas bagi ahli-ahli FOG yang berminat untuk mencantikkan lagi seat mereka. Konvoi ini akan berlangsung pada 5 Mei 2012 dan diketuai oleh saudara Zaim (Red Fjet).

Aktiviti lain yang masih didalam perancangan adalah Majlis Tahlil dan Kesyukuran yang berkemungkinan akan berlangsung di rumah milik salah seorang FOGgers iaitu Abang Zul Fakri. Tarikh dan masa bagi majlis ini dianggarkan sekitar bulan Mei 2012. Aktiviti-aktiviti lain yang turut dibincangkan adalah Klinik Motosikal (KBS) dan FoBig (FOG Big Gathering).




Selain itu, SNiF ke 6 ini turut membincangkan mengenai kegunaan tabung FOG. Bagi yang masih belum mengetahui mengenai tabung ini. Tabung ini diwujudkan di setiap SNiF bagi mengumpulkan sejumlah wang untuk membantu FOGgers yang ditimpa kemalangan. Semua FOGgers yang hadir telah bersetuju dengan jumlah yang akan diberikan iaitu RM30 untuk FOGgers yang ditimpa kemalangan. Jika kemalangan yang berlaku serius, Tabung Derma Kilat akan dilancarkan bagi menambah jumlah kutipan untuk disalurkan kepada mangsa.

Perkara-perkara lain yang berlaku sepanjang SNiF kali ini adalah acara bergurau senda (SPAM) antara FOGgers, kutipan duit T Shirt FOG, penjualan sticker dan juga Gegar Uptown Shah Alam. Tujuan utama Gegar Uptown Shah Alam adalah untuk melihat tupai terbang (Sugar glider) dan juga membeli bandana.


SNiF 6 berakhir sekitar jam 2.30 pagi dengan penuh pengisian dan kegembiraan. Diharap SNiF selepas ini dapat mengumpulkan penyertaan yang lebih besar. Kami dari FOG mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan SNiF kali ini. Sekian, Wassalam.


1 comment: