Thursday, March 15, 2012

FZ150i Owners' Group


FZ150i Owners' Group atau lebih dikenali sebagai FOG telah diasaskan atas perbincangan diantara saudara Hakimy bin Jury dan Anuar. Penubuhan FOG ini adalah bermatlamat untuk menaikkan taraf pengguna motorsikal Yamaha FZ150i serta menjadikan FOG sebagai sebuah kumpulan atau 'group' rasmi dan berstatus tinggi dikalangan 'bikers' di Malaysia ini. 

Visi FOG ini juga menjurus kearah kemasyarakatan dimana tidak hanya berperanan sebagai sebuah kelab yang menganjurkan sesi konvoi dan aktiviti tunggangan hujung minggu. FOG berhasrat untuk mengumpul dana melalui sumbangan dari ahli dan penjualan barangan rasmi FOG supaya dana ini boleh digunakan untuk sumbangan ikhlas sekiranya berlaku sebarang kecelakaan dikalangan ahli. FZ150i Owners' Group bergerak melalui media sosial iaitu Facebook supaya lebih mudah untuk ahli menyampaikan maklumat terkini serta menjadi wadah perbincangan serta permasalahan. 

FOG berstatus 'Closed Group' dan hanya boleh disertai jika diluluskan oleh admin group yang dilantik untuk menerajui FOG ini demi menjaga taraf eksklusif. Penyertaan di FOG cukup mudah iaitu dengan hanya meminta untuk turut serta group di alamat : http://fz150iownersgroup.blogspot.com/ dan anda telahpun menjadi ahli. Pelbagai keistimewaan sebagai ahli bakal menyusul dan pastinya amat mengujakan. Terima kasih kerana sudi melayari Blog FZ150i OWNERS' GROUP ini.

30 comments:

  1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana group FOG ini telah melangkah setapak lagi ke hadapan. Semoga dengan adanya blog ini dapat memberi lebih banyak kebaikan2 kepada ahli dan juga org awam-FOG0052

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ahli FOG.saya baru beli fz150i.saya berminat nak join group ni.salam berkenalan dan salam merdeka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam amir aznam...sama la kita...kawan pn baru beli FZ150i...

      Delete
  3. Ada sesiapa tau kat mna sya blh cri fairing fz150i neyh??fullset

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...kawan nk tanya mcm mana nk join group?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. berminat membeli Fz 150i? whatsapp 0126267945

    ReplyDelete
  7. Salam bro, nak join group. Baru beralih dari kapcai ke naked ni

    ReplyDelete
  8. Salam bro camne nk join dah angkat fz 150i dekat seminggu ni :)

    ReplyDelete
  9. Salam bro camne nk join dah angkat fz 150i dekat seminggu ni :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ba sabahan orang tambunan ini.... klu boleh sa mau join ni group fz 150i baru tarik juga ni 1 minggu lalu.. whtapss 0102154817

    ReplyDelete
  12. Salam. Mungkin admin boleh bagi sedikit info utk rakan2 baru yg berminat menjadi ahli FOG dan lain2 informasi terkini utk panduan semua.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. salam admin... nk join jgk bole x ? nk tmbah ilmu lg pasal fz ,huhu.. kakau ada group wassap bole invite sya ,0165166939 tq :)

    ReplyDelete
  14. Salam admin nak joint group boleh ke .... 0182254133

    ReplyDelete
  15. Ada sesiapa yg boleh beri pendapat spoket yg sesuai untuk fz 150 lama stantard

    ReplyDelete
  16. Teringin jgk nk join..dh 3thn lbh guna FZ

    ReplyDelete
  17. Add saya dalam group ini... 0136489040... nazri

    ReplyDelete
  18. Sy nk tanya siapa ada nk jual
    ecu fz150i 2014

    ReplyDelete