Assalamualaikum,
"Genting Highland - Sebanyak 38 buah motor FZ150i pelbagai warna dan toyol telah berjaya menakluki puncak Genting Highland. Lebih membanggakan kata seorang rider bernama Raza, "Saya senang-senang je tapau Ducati, KTM Duke, kalau tak percaya tunggu kejap lagi baru diorang sampai." Lima minit berselang kedengaran bunyi Ducati dan KTM yang baru sampai ke Genting Highland. Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan."
|
Menunggu ketibaan FOGgers yang lain |
|
Mengisi masa lapang sambil menunggu. Posing sket. |
|
FOGgers arah Bangi tiba ke RV Point |
Saja intro kasi gempak ala-ala Harian Metro sikit. Untuk minggu ini, SNiF (Saturday Night Fever) telah digantikan dengan SBF (Sunday Breakfast Fever). SBF kali ini meliputi sesi bersarapan di Genting Sempah, pendakian ke Genting Highland dan juga sesi mandi manda di Hulu Yam Bharu. Jumlah rasmi yang hadir adalah 38 buah motor dengan jumlah 40 orang FOGgers. Turut menyertai SBF adalah seramai 3-4 ahli FZ Crew.
|
Sebelum bergerak, bacaan doa diadakan semoga semua selamat. |
|
35 buah motor beratur untuk bergerak ke sarapan |
BHP Gombak telah menjadi tempat berkumpul sebelum bergerak ke Genting Sempah. Dalam keceriaan dan semangat berkobar-kobar untuk ride, kami menerima berita dukacita apabila seorang rider FOGgers iaitu Hazril telah down semasa dalam perjalanan ke RV Point. Beliau selamat tetapi motor beliau agak parah. Sekitar jam 8.00 pagi, selapas bacaan doa oleh Saudara Aisam konvoi memulakan perjalanan ke Genting Sempah untuk sarapan pagi.
|
Aksi-aksi di Karak |
|
FOGgers prihatin tunggu kawan-kawan dibelakang |
|
Tiba di R&R Genting Sempah |
|
Senyum nampak gigi abang ni. |
|
Lai lai lai saya apek mau jual hon. |
|
Parking sekadar yang mampu. |
Sekitar 8.30 konvoi tiba di Genting Sempah dan mula sesi
beramas beramah mesra termasuk sarapan pagi. Setelah perut diisi dengan nasi lemak, mee goreng dan beberapa gelas teh tarik, konvoi mula bergerak mendaki Genting Highland. Adegan meleper bermula dengan Jelan PA, Firdaus, Aziq, Hayrul dan rakan-rakan yang lain. Walaupun meleper tetapi penuh cermat dan berhemah. Alhamdullilah semua FOGgers berjaya sampai dengan selamat di Genting Highland jam 9.45 pagi.
|
Lihat permandangan Highway sebelum naik Genting |
|
Aksi meleper bermula |
|
Nak leper takut-takut sebab jalan licin. |
|
Aksi terlampau budak sekolah meleper. |
Seperti biasa, FOGgers memang tidak akan melepaskan peluang untuk sesi bergambar secara berjemaah dan sepam menyepam. Setelah bergambar bersembang sebentar, FOGgers secara beramai-ramai bergerak ke theme park untuk bermain Flying Coaster. Hasrat FOGgers untuk memakai helmet semasa menaiki Flying Coaster terbantut disebabkan saiz helmet yang terlalu besar dan faktor keselamatan.
|
Sesi beramah mesra dan jual minyak |
|
Parking FULL |
|
Parking FULL. Sorry Ducati, Kawasaki, KTM. Today is Yamaha day. |
|
Seronok sakan dapat bli tiket Flying Coaster |
|
Aksi terlampau sebelum naik Flying Coaster |
|
Muka sorang-sorang pucat. |
Jam 11.10 pagi, trip kedua FOG tiba dengan membawa banner FOG untuk sesi bergambar Mega. FOGgers berkumpul kembali di tempat letak motor dan sesi bergambar Mega bermula dan pelbagai aksi terlampau ditunjukkan.
|
Terkangkang-kangkang sorang2. Yang belakang main lompat-lompat pulak. |
Setelah selesai aktiviti bergambar, FOGgers bergerak turun menuju ke Hulu Yam untuk sambungan meleper dan juga sesi bermandi manda di situ. Disini FOGgers berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang ingin mandi sungai dan juga yang ingin pulang dahulu atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
|
Di Hulu Yam |
|
Di Hulu Yam
Sentiasa berada dimana-mana.
Sesi Menyendol lepas mandi sungai |
Sekitar jam 4.00 petang, acara bermandi manda selesai beserta sesi menyendol. Alhamdullilah SBF kali ke-3 dianjurkan oleh FOG telah berjalan dengan lancar dan sukses. Kami dari pihak admin FOG mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang turut serta memeriahkan program SBF kali ini. Salah dan silap atau ada terkurang dan terlebih harap dimaafi. Berjumpa lagi kita di event seterusnya. Sekian, Salam.
p/s: Insyallah event seterusnya adalah Tahlil FOG. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak.
gambar kredit kepada : Zaim serta adik :) , Na'imullah, & Azrol
TERBAIK !!!!
ReplyDeletehoyeahhhh grrrr best siot tempat mandi semalam.. tapi aku dari awal memang takde planning nak mandi.. so takde kelengkapan yang sesuai.. huhuhu
ReplyDeletedwi power meleper... wakakakaka
ReplyDeleteSlam..nk join blh bos.,
ReplyDelete