Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 16 hingga 17 june 2012, 5 orang ahli FOG yang terdiri daripada
anwar, aziman, azim, sa fic, dan zaidi telah menyertai Kursus Asas
Marshall bertempat di presint 9, Putrajaya anjuran Malaysia Marshall
Community (MMC).
Penyertaan ahli FOG ini adalah
usaha saudara Rasdan selaku marshall yang berpengalaman untuk menambah
Marshall-marshall bertauliah di dalam FOG. Kursus ini memberi pendedahan
tentang asas pengawalan konvoi kenderaan. Selain itu, peserta-peserta
kursus ini berpeluang mempelajari teknik-teknik pemanduan yang selamat
dan betul seperti skil mengambil selekoh yang betul dan lain-lain lagi.
Di harap dengan adanya marshall-marshall bertauliah di dalam FOG ini akan lebih banyak konvoi-konvoi dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat dan menambah ilmu tentang permotoran. insyaALLAH. :)
|
Wednesday, July 11, 2012
Kursus asas Marshall at Putrajaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment