![]() |
Tuan rumah memberi ucapan sepatah dua kata |
FOGgers dari Kuala Lumpur, Cheras dan Nilai berkumpul di Tol Kesas Bukit Jalil sekitar jam 6.30 petang. Tayar golek ke Klang sekitar jam 7.15 malam. Beberapa kali juga tersesat kerana majoriti baru pertama kali ke klang. Alhamdulilah sekitar jam 7.30 malam, kami dijemput oleh salah seorang wakil FZ Crew dan tuan rumah sendiri Saudara Zul Fakhri untuk kerumah beliau. Oleh kerana telah terlewat untuk solat maghrib, kami terpaksa rushing turun dari motor setibanya di rumah Zul Fakhri. Alhamdulilah sempat juga solat Maghrib berjemaah.
![]() |
Abang ipar Zul Fakhri memimpin bacaan Yassin & Tahlil |
![]() |
Abang Anuar menghayati setiap bibit bacaan doa. |
Majlis tahlil bermula selepas solat Isyak. Majlis ini dihadiri sekitar 14 FOGgers dan 14 orang wakil FZ Crew dan FZ Puchong. Majlis tahlil dan bacaan yassin di pimpin oleh abang ipar kepada tuan rumah (Zul Fakhri). Majlis serba ringkas ini turut diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim sesama penunggang FZ150i. Saudara Zul Fakhri menghidangkan kami dengan nasi ayam special untuk jamuan beserta teh tarik kawwww. Akibat dari teh tarik yang sangat kawww, bro Anuar Norick yang turut hadir terus menyepi melayan perasaan disebabkan terlalu kenyang.
![]() |
Muka kelaparan |
![]() |
Jumlah yang hadir seramai plus minus 30 orang |
Alhamdulilah dengan bantuan adik tuan rumah serta beberapa saksi kejadian, kes berjaya diselesaikan dengan jayanya. Helmet telah kembali ke tangan tuan empunya dan hukuman setimpal berjaya dijatuhkan kepada pencuri dan rakan subahatnya.
Perkara yang tidak diduga ini sedikit sebanyak menghiasi malam majlis ini. Silaturahim juga boleh dikatakan semakin rapat disebabkan insiden yang tidak diduga seperti ini. Sekitar jam 1130 malam, majlis tamat dengan rasminya. Selain dari bacaan Yassin dan Tahlil, upacara penyerahan baju rasmi FOG dan sticker turut dilakukan. Kami wakil dari pihak FOG mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Zul Fakhri sekeluarga kerana sanggup menjadi tuan rumah dan menjamu makanan yang sedap lagi lazat untuk kami semua. Tidak lupa juga kepada wakil FZ Crew dan juga FZ Puchong yang sudi hadir di majlis kami. Harapan kami selepas ini, FOG, FZ Crew & FZ Puchong dapat bekerjasama untuk mengadakan event yang lebih besar.
Sekian, Wasallam.
RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION
No comments:
Post a Comment