Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada 15 July 2012 FOG sekali lagi mengadakan aktiviti Sunday Breakfast
Fever di Putrajaya. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan ahli-ahli FOG disamping berkenal- kenalan dengan ahli-ahli
baru. SBF kali ini dihadiri lebih kurang 45 orang dan disertai oleh
beberapa orang wakil dari group FC crew dan Fzian Puchong. Antara
acara-acara yang dilaksanakan pada SBF ini ialah aktiviti
bergambar, bersarapan di kedai mamak kembar, penyerahan saguhati kepada
ahli-ahli FOG yang eksiden@down, penjualan stiker FOG, dan bergambar
beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Selepas selesai aktiviti
SBF, sebahagian ahli-ahli FOG berkunjung ke rumah dwi aryan untuk
bersama-sama meramaikan majlis kesyukuran masuk rumah baru di kajang.
sekian terima kasih.
Saturday, July 28, 2012
Thursday, July 12, 2012
RIDE TO GAMBANG WATERPARK
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Pada 30 june 2012 FOG telah menganjurkan konvoi ke gambang water park. Konvoi kali ini diketuai oleh saudara Afzal Nizan.Konvoi kali ini juga diiringi oleh barisan-barisan Marshall bertauliah yang diketuai oleh saudara Rasdan. Antara barisan-barisan marshall baru ialah saudara aziman,sa fic, anwar, firdaus dan dibantu oleh beberapa marshall bantuan.
Peserta konvoi ke Gambang ini berjumlah seramai 45 orang.Sebelum konvoi bermula, peserta-peserta diberi taklimat oleh ketua konvoi dan ketua marshall tentang pergerakan konvoi di RV point bertempat di hentian Genting Sempah. Bacaan doa diketuai oleh saudara Rasdan bagi memohon kelancaran,keberkatan dan keselamatan konvoi.
Pergerakan konvoi bermula pada jam 9.00 AM. Saudara Hazril bertindak sebagai arrow head dibahagian hadapan konvoi dan dibantu oleh marshall sa fic dan anwar.Mashall rasdan dibahagian belakang konvoi atau dipanggil tail. purata Kelajuan konvoi ialah 100km/h. Sepanjang perjalan konvoi ke gambang, konvoi berhenti di hentian temerloh dan gambang untuk berehat seketika mengharungi perjalanan sepanjang 220km.
Konvoi selamat sampai ke tol gambang pada jam 12.30 PM dan disambut oleh ahli-ahli FOG yang menetap di gambang.Setibanya di Gambang, para peserta menjamu selera di Arab House yang terletak 5km sebelum sampai ke Gambang Water Park. Aktiviti diteruskan lagi dengan acara kemuncak, iaitu sesi mandi-mandi di Gambang Water Park. selepas puas bermandi-mandian, Peserta-peserta berkumpul dan bersiap untuk pulang pada jam 5.30pm.
Selepas mengambil gambar untuk kenang-kenangan, konvoi bertolak pulang pada jam 6.00PM dan tiba di hentian Genting Sempah pada jam 9.30PM. Selepas bersalam-salaman, para peserta bersurai. Alhamdulillah konvoi selamat sampai pergi dan balik.sekian terima kasih . :)

ketua konvoi ke gambang - Afzal Nizan |
khusyuk mengamin kan doa |
at gambang water park parking |
Marshall rasdan, anwar & aziman |
lunch at Arab House |
Antara moto yang mencuri tumpuan umum. |
Subscribe to:
Posts (Atom)