Friday, May 25, 2012

TOP 5 FOGgers BIKE OF THE MONTH

TOP 5 FOGgers BIKE OF THE MONTH

Fifth Place (5th) : Khairul Kroll

Modification:
1. Wide Rim
2. Hisun Seat
3. Handle Guard
4. Tank Condom
5. Sampan
6. Sticker scheme
7. Acerbis front fork cover


MAJLIS TAHLIL & BACAAN YASSIN FOG

Assalamualaikum,

Tuan rumah memberi ucapan sepatah dua kata
Dalam berseronok ride sana sini, TTS sana sini, pihak FOG masih tidak melupakan ibadat wajib mahupun sunat. Misi dan visi FOG juga jelas dimana aktiviti-aktiviti keagamaan perlu diterapkan bagi membangunkan sesuatu group kearah yang lebih baik. Oleh itu, FOG telah mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin bertempat di rumah Saudara Zul Fakhri di Klang. Majlis ini turut disokong kuat oleh wakil-wakil daripada FZ Crew dan juga FZ Puchong.


Thursday, May 17, 2012

RIDE SAKIT PUNGKOQ HISUN

Assalamualaikum,

Post kali ni kami nak share satu lagi acara yang cukup best dan mencabar iaitu Ride Sakit Pungkoq (RSP) Hisun. Bagi yang tidak tahu, Hisun merupakan sebuah kedai membaiki kusyen bertempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selain kusyen sofa, Hisun terkenal dengan hasil kerja yang sangat teliti dalam pembuatan seat untuk FZ150i, LC dan pelbagai jenis motor lagi. Selain Kusyen Maya Batu Pahat, Hisun terlebih dahulu diisytiharkan sebagai tempat untuk membuat seat FZ150i. Berbalik kepada RSP Hisun, seramai 4 orang FOGgers telah menyahut cabaran untuk ke Hisun pergi dan balik pada hari yang sama sejauh 680 km. Oleh kerana itu, ride ini dinamakan Ride Sakit Pungkoq Hisun.

Menunggu Haris di hadapan Tesco Ampang
Motor ada, tuan punya motor hilang. Kemanakah Marshall FOG menghilang??
FOGgers yang turut serta adalah Marshall Rashdan, Haris Acaris, Anwar Ismail dan Khairol Kyroll. Mereka berkumpul seawal jam 3.00 pagi pada hari Sabtu 12 Mei 2012 di R&R Jejantas Sg. Buloh. Sedikit acara meregangkan badan dilakukan sebelum bergerak. RSP mula tayar golek jam 3.15 pagi.


Monday, May 14, 2012

SUNDAY BREAKFAST FEVER (GENTING HIGHLAND)

Assalamualaikum,

"Genting Highland - Sebanyak 38 buah motor FZ150i pelbagai warna dan toyol telah berjaya menakluki puncak Genting Highland. Lebih membanggakan kata seorang rider bernama Raza, "Saya senang-senang je tapau Ducati, KTM Duke, kalau tak percaya tunggu kejap lagi baru diorang sampai." Lima minit berselang kedengaran bunyi Ducati dan KTM yang baru sampai ke Genting Highland. Sejauh mana kebenaran tidak dapat dipastikan."
Menunggu ketibaan FOGgers yang lain
Mengisi masa lapang sambil menunggu. Posing sket.
FOGgers arah Bangi tiba ke RV Point
Saja intro kasi gempak ala-ala Harian Metro sikit. Untuk minggu ini, SNiF (Saturday Night Fever) telah digantikan dengan SBF (Sunday Breakfast Fever). SBF kali ini meliputi sesi bersarapan di Genting Sempah, pendakian ke Genting Highland dan juga sesi mandi manda di Hulu Yam Bharu. Jumlah rasmi yang hadir adalah 38 buah motor dengan jumlah 40 orang FOGgers. Turut menyertai SBF adalah seramai 3-4 ahli FZ Crew.


Sunday, May 13, 2012

FZ150i 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum ni kami ada kongsi beberapa keping gambar vixion/FZ150i baru yang diura-urakan akan keluar di Indonesia dan mengantikan FZ150i yang lama (link entri lama). Memang kelihatan berbeza dengan FZ150i yang terdapat di Malaysia sekarang ni. Tapi berita yang kami baru terima daripada rakan FOGgers iaitu Duo Ne, Hong Leong Yamaha telah mengambil langkah mudah dengan mengeluarkan FZ150i yang lama ditambahkan dengan beberapa aksesori sahaja. Yang paling ketara adalah Windshield diletakkan diatas lampu facelift FZ150i.

FZ150i 2012. Gambar kredit kepada Duo Ne @ GTMax Shah Alam


Friday, May 11, 2012

FZ150i ELECTRICAL DIAGRAM


Salam FOGgers semua,

Hari ini admin mau kongsi diagram wiring untuk FZ150i kita ni.. Bagi sapa2 yang nak bukak satu motor pasang balik tu boleh la study sungguh-sungguh diagram ini. Atau bagi yang ada masalah motor dah tua dan susah nak start boleh guna diagram ni sebagai rujukan anda.

Credits: Vixion Lovers Indonesia.


RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

FZ150i / Vixion 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di internet sekarang sedang berlegar-legar gambar spyshot Vixion / FZ150i 2012 yang sedang dipandu uji di Indonesia. Tak percaya jom tengok gambar dibawah.



Gambar computer rendering Vixion / FZ150i 2012

Menurut sumber dari seberang, beberapa gambar Vixion 2012 telah berjaya diambil semasa uji pandu. Tetapi spesifikasi jentera ini sehingga kini masih belum diketahui umum. Apa yang dapat dilihat, perubahan yang sangat ketara ke atas model terbaru ini (jika benar), dari reka bentuk seat, sport rim, handle, dan air scoop mendapat sentuhan lebih moden dan lebih kepada street bike. Adakah Vixion / FZ150i ini akan turut di pasarkan di Malaysia?? Tanda tanya yang masih tidak dapat dijawab sehingga ke hari ini. Diharapkan agar Hong Leong Yamaha tidak kedekut untuk memasarkan model terbaru ini ke Malaysia.

Sekian, Salam.

p/s: info angin sepoi-sepoi bahasa dari rakan bekerja di Kilang HLY, proses pemasangan beberapa motor berkapasiti 250cc sedang dijalankan Yamaha untuk proses pandu uji.

thankz for the tips: Bro Jass n Google Images.

RIDE WITH PASSION, UNITE WITH MISSION

FCU DAH HABIS STOK??

Salam FOGgers dan rakan-rakan FZians,


Menurut sumber yang kami terima, batch terakhir FCU yang dikeluarkan oleh FSRTech telah habis dijual. Kepada bakal-bakal pengguna FCU ataupun rider FZ yang masih belum mendapatkan lagi FCU ini, jangan risau, batch terbaru akan dikeluarkan secara besar-besaran dan akan mula didapati di hampir setiap bengkel atau kedai aksesori motor di Malaysia.

Melalui perkabaran angin sepoi-sepoi bahasa yang kami terima, FSRTech telah berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka dengan mengadakan kerjasama strategi dengan sebuah syarikat menjual aksesori terkemuka di Malaysia. Berkenaan harga baru bagi FCU ini masih belum dapat dipastikan. Sama ada harganya kekal, lagi murah atau lagi mahal dari yang asal. Tetapi apa yang penting, produk FCU ini tidak akan terhenti pengeluarannya, dan masih akan dikeluarkan untuk semua pengguna FZ150i di Malaysia.

Kami berharap agar syarikat FSRTech ini akan lebih maju dimasa akan datang dan dapat memecahkan monopoli penjualan aksesori performance daripada negara seberang. Bagi yang masih tidak tahu apa itu FCU, sila ke link ini http://fz150iownersgroup.blogspot.com/2012/03/apa-itu-fcu.html untuk mendapatkan informasi mengenai FCU.

link syarikat FSR Technology : http://fsrtech.com/fcu
lain-lain info berkenaan FCU : MotoMalaya

p/s: Ninja 250 pun nak pakai FCU ni. :)

FOG FREE RIDE KUSYEN BATU PAHAT

Assalamualaikum dan Salam 1 FOG.

Entri kali ni adalah berkenaan konvoi FOG ke kedai membuat kusyen/seat motor di Batu Pahat, Johor. Cadangan untuk membuat seat telah lama dibangkitkan tetapi masalah logistik dan juga persetujuan dari kedai membuat seat telah banyak melambatkan konvoi ini dijalankan. Untuk FOG Free Ride ke Kusyen Maya Karin Batu Pahat ini telah diketuai oleh saudara Zaim aka Red Fjet. Ride ini berlangsung pada 5 Mei 2012 yang lepas dan disertai oleh 11 orang iaitu sebanyak 9 orang FOGgers dan selebihnya pillion.


Jam 7.30 pagi, FOGgers yang excited untuk seat baru mula berkumpul di R&R Nilai dalam keadaan hujan rintik-rintik yang masih berterusan sejak semalam. Tepat jam 8.05 pagi selepas doa dibacakan oleh saudara Azlan, konvoi mula bergerak ke R&R Seremban untuk mengisi minyak. Sekitar jam 8.30 pagi, konvoi mula bergerak semula untuk ke susur keluar Pagoh. Ride memang cukup santai dengan kelajuan tidak melebihi 120km/j kerana permukaan jalan yang agak basah.


Saturday, May 5, 2012

Kenali Tayar Anda

Assalamualaikum dan Salam 1 FOG,

Bila kita berbicara mengenai tayar, sudah menjadi satu kemestian untuk kita bertanya beberapa soalan wajib. Antara soalan wajib adalah tayar apa yang tahan lama , sesuai digunakan dalam keadaan yang kita mahukan, saiz yang terbaik dan sebagainya.. Disini kami ingin kongsikan satu lagi hasil penulisan daripada Azlan mengenai jenis-jenis tayar yang berada dipasaran.

-Tayar Sport/Performance
Tayar ini memberikan cengkaman yang menakjubkan tetapi ia hanya boleh bertahan selama 1,000 batu (1,600 km) atau kurang. Tayar jenis Cruiser dan Sport Touring mempunyai keserasian antara cengkaman dan ketahanan yang terbaik. Terdapat juga jenis tayar yang dibangunkan khusus untuk perlumbaan. Tayar ini menawarkan tahap tertinggi dari segi sudut cengkaman ketika di selekoh, kerana pada kebiasaan nya tayar ini hanya “sedap” dan befungsi dengan baik pada suhu yang tinggi, penggunaan pada jalan raya adalah tidak selamat kerana tayar jenis ini biasanya jika tidak mencapai suhu optimum sebelum penunggang tiba di destinasi akan menyebabkan hampir tiada cengkaman pada permukaan jalan raya sepanjang perjalanan. Dalam situasi perlumbaan, tayar perlumbaan biasanya akan dipanaskan sehingga mencapai suhu yang terbaik untuk tayar tersebut dengan menggunakan alat pemanas tayar.Contoh tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa