Saturday, March 17, 2012

RIM SUKAN LEBAR FZ150i

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Untuk posting kali ini admin akan berkongsi sedikit mengenai Rim Sukan atau Sportrim Lebar untuk FZ150i. Terdapat beberapa jenis sportrim lebar di jual diluar sana. Mungkin ada yang takut ianya tidak berkualiti atau terlalu mahal dari harga sebenar. Jadi admin akan berkongsi apa yang perlu anda tahu mengenai sportrim lebar ini.

1) Sportrim Chemco






















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.5"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang
- Design sama dengan Ninja 250

Ulasan:
Sportrim Chemco merupakan antara sportrim yang terbaik dipasaran setakat ini. Rim Chemco ini dibuat mengikut spesifikasi sebenar seperti rim di motor Kawasaki Ninja 250. Hasil pembuatan rim ini cukup kemas. Rim Chemco turut didatangi bersama disk brek belakang dan bearing. Pada yang mahu menggunakan sportrim ini, disk brek belakang perlu digunakan. Boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam kusam (flat black) , putih dan orange.

Harga:
RM800 - RM950

Kedai yang menjual:
- Dobot Enterprise (Seri Kembangan)
- Shahrul Spinout (online FB)
- Faito Sentul
  

2)  Sportrim Mito

















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.5"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang
- Design sama dengan Ninja 250

Ulasan:
Sportrim Mito ini boleh dikatakan klon kepada sportrim Chemco. Kualiti tidak sama dengan rim Chemco tetapi boleh dikatakan antara 5 yang terbaik dipasaran. Rim ini mempunyai design seperti sportrim Ninja 250. Hasil pembuatan rim ini juga boleh diberi 8.5/10 bintang. Sportrim Mito didatangi bersama disk brek dan bearing. Penggunaan disk brek adalah wajib untuk sportrim ini. Perbezaan antara rim Mito dan Chemco yang paling ketara adalah dari segi finishing. Rim Mito slalunya didatangi dengan warna hitam glossy manakalah rim chemco didatangi dengan warna hitam kusam atau flat black.

Harga:
RM700- RM850

Kedai yang menjual:
- Dobot Enterprise (Seri Kembangan)

3) Sportrim RGV





































Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.75"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Brek disk belakang / Brek drum



Ulasan:
Sportrim RGV ini boleh dikategorikan dalam rim yang mampu milik serta mempunyai kualiti yang baik. Sportrim RGV ini mempunyai design yang agak menarik samaada 6 spoke atau pun 3 spoke. Sportrim ini didatangi dengan bearing dan anda boleh memilih samaada ingin mendapatkan hub dan brek disk sekali. Rim ini membenarkan anda memilih samada ingin menggunakan disk brek atau pun brek drum yang sedia ada. Didatangi dengan warna hitam glossy.

Harga:
- RM400-RM500 rim sahaja.
- RM600-RM700 beserta disk brek dan hub.


Kedai yang menjual:
-Dobot Enterprise (Seri Kembangan)

4) Sportrim HMF





















Spesifikasi:
- Saiz depan 17"/ Lebar 2.75"
- Saiz belakang 17"/ Lebar 3.5"
- Drum brek

Ulasan:
Sportrim HMF merupakan sportrim top 5 dari segi kualitinya. Sportrim ini juga mampu dimiliki oleh semua kerana harganya yang berpatutan. Sportrim HMF ini juga mempunyai 2 design iaitu 5 spoke dan 3 spoke. Rim ini didatangi lengkap dengan bearing. Kualiti pembuatan boleh dikategorikan sebagai 'OK' dengan harga yang ditawarkan. Selain warna hitam kusam (flat black), warna lain untuk sportrim ini adalah warna gangsa (bronze).

Harga:
- RM450- RM550

Kedai yang menjual:
- Adam Malik (online FB)
- Shahrul spinout (online FB)
- Faito Sentul
- Strom Shah Alam
- Y&E

Ulasan penuh mengenai sportrim lebar:

Bagi mereka yang masih belum memiliki sportrim lebar, beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum dan selepas memiliki rim tersebut. Bagi tayar yang sesuai digunakan, rim hadapan sesuai menggunakan tayar bersaiz 90/80 dan maksimum adalah saiz 110/70. Untuk rim belakang pula, tayar yang sesuai adalah tayar bersaiz 110/70 dan maksimum 140/60.Saiz tayar juga bergantung kepada jenis kerana sesetengah tayar mempunyai bentuk yang akan menyebabkan tayar tersangkut di swing arm seperti tayar corsa S123. Maksimum untuk tayar corsa S123 dipasang di sportrim lebar FZ150i adalah 130/70. Saiz yang paling ideal dan tidak menggangu prestasi motor anda adalah hadapan 90/80 belakang 120/70.

Apabila anda menggunakan sportrim lebar, anda akan berasa sedikit berat dan susah untuk korner disebabkan berat dari tayar dan bukannya sportrim. Ini kerana berat sportrim lebar adalah lebih ringan berbanding rim standard / original. Kesukaran untuk korner pula adalah disebabkan kelebaran tayar anda yang lebih lebar dari tayar standard pada rim standard. Selepas memasang sportrim lebar, anda digalakkan untuk mencuba terlebih dahulu kerana terdapat masalah berlaku dimana pemasangan tidak betul dan rim menjadi senget serta tayar bergesel dengan swingarm.

Bagi mereka yang membeli sportrim lebar tiada brand atau brand V. Rossi yang mudah didapati di kedai aksesori, anda diminta untuk memastikan sub bush (besi antara bearing) digantikan dengan sub bush original daripada rim asal anda. Ini kerana, jika penukaran sub bush tidak dilakukan. Kemungkinan untuk bearing anda pecah adalah tinggi.

Mitos mengenai pemasangan rim lebar akan mengurangkan top speed adalah tidak benar sama sekali. Namun begitu, pemasangan rim lebar akan melambatkan anda untuk mendapatkan top speed (pickup turun sedikit). Akan tetapi, anda akan mendapat kestabilan yang maksimum dengan penggunaan rim lebar. Seperti contoh, kebiasaan apabila anda memotong lori, angin dari lori akan menyebabkan motor anda terhuyun hayang, tetapi dengan rim lebar perkara seumpama itu tidak lagi akan berlaku.

Bagi yang belum menukar kepada sportrim lebar, anda amat disarankan untuk menukarnya. Penukaran sportrim lebar bukan sahaja mencantikkan motor anda dan kelihatan seperti superbike, tetapi ianya turut memberi keselesaan ketika diatas jalan dan juga mengambil korner. Sekian.

-HakimyJury-


Apa Itu FCU ??


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ramai di kalangan pengguna FZ150i bertanya mengenai FCU keluaran FSR Tech. Apa tujuan sebenar FCU dan bermacam-macam lagi soalan dan jawapan mengenai FCU admin akan kongsikan di posting ini. Jemputlah baca sampai habis.


FCU - Frequently Asked Questions

1) Saya kurang faham… terangkan secara sangat ringkas kebaikan memasang FCU?      -Untuk FZ150i blok standard: Power naik, acceleration naik, top speed naik, minyak jimat. Untuk FZ150i blok besar: Power naik, acceleration naik, throttle response jadi smooth, enjin tak overheat.Jumlah peningkatan berbeza mengikut moto individu.

2) FCU ni boleh meningkatkan kuasa sebanyak 10% dan menjimatkan petrol sebanyak 10% untuk moto standard. Ada banyak produk lain yang menjanjikan lebih dengan harga kurang. Kenapa saya nak beli FCU?                                                                                                    
 -We pride ourselves in being an engineering driven company, not a sales or marketing driven company! Memang benar, ada produk lain yang menjanjikan lebih. Tetapi adakah janji itu ditepati? Di mana graf dyno test “performance product” ini? FSR Technology hanya menjanjikan hasil yg boleh diukur secara objectif dan disahkan oleh sesiapa sahaja.                                                  
       

3) Adakah top speed saya akan bertambah apabila memasang FCU? Berapa banyak boleh naik? Jika top speed anda dicapai sebelum RPM cutoff, biasanya ia akan bertambah tanpa modifikasi lain. Jika top speed dicapai di RPM cutoff (sebenarnya 10k tapi biasanya meter standard menunjukkan 10.5-11k), sila adjust saiz sproket setelah memasang FCU untuk menambahkan lagi top speed. Jumlah kenaikan top speed ini bergantung kepada banyak faktor dan berbeza mengikut setiap motor. Peningkatan top speed sebanyak 20km/h pernah dilaporkan oleh pelanggan kami.

4) Berapa banyak penjimatan petrol apabila menggunakan FCU?  
Penjimatan dalam 5-10% di “full throttle” adalah biasa untuk motor standard. Ada yang mendapat penjimatan  lebih, terutamanya pelanggan kami yang menggunakan ekzos bukan standard. 

5) Bila pasang FCU ni masih ada RPM cutoff/limiter ke? FCU ni menambahkan power tanpa menghilangkan cutoff. Bila dah pasang FCU & senang sangat sampai ke cutoff, boleh adjust saiz sproket untuk mendapat top speed lebih. Cutoff tetap ada supaya keselamatan enjin tetap terpelihara.

6) Bagaimana pulak boleh jimat minyak 10% & power naik 10% sekaligus untuk FZ150i standard? Bukan ke nak tambah power mesti tambah minyak? 
Fahaman ini salah. Kuasa enjin akan menurun apabila minyak terlebih ataupun terkurang daripada jumlah optimum. FCU mengoptimumkan penggunaan minyak di FZ150i standard, ini sekaligus menambah kuasa dan menjimatkan minyak. Ini terbukti dengan graf dyno & juga review daripada pengguna kami (200+ on the road)  

7) Selepas pemasangan FCU, boleh terus lenjan ke? Ada waktu pantang? 
Tidak ada apa-apa waktu pantang, break-in dan sebagainya. Kenaikan kuasa dan penjimatan minyak adalah serta merta setelah tuning FCU anda. Silakan melenjan sepuas hati.  

8) Adakah FCU selamat untuk moto kesayangan saya? Ada kesan negatif daripada pemasangan FCU ini?  
Tidak ada kesan negatif kepada motor kesayangan anda apabila tuning dilakukan dengan betul. Sebaik-baiknya tuning dilakukan di atas dyno.

9) Moto saya pakai blok besar, 62mm. Adakah FCU sesuai dipasang di moto saya? Kalau dah pakai blok besar tu… WAJIB pasang FCU untuk setting minyak dengan betul supaya tidak overheat. Jangan tunggu sampai blok anda sudah bocor/tercalar! Power juga akan naik dan respons throttle akan lebih sedap kerana setting minyak yang betul.  

10) Saya baru pasang blok besar, boleh terus pasang FCU? Kami sarankan supaya FCU dipasang secepat mungkin untuk mengelakkan daripada masalah kekurangan minyak & blok overheating/tercalar. Kami akan membuat basic setting untuk menambahkan minyak, dan tuning penuh akan dibuat selepas habis pantang.

11) Moto saya menggunakan ekzos bukan standard. Adakah saya patut memasang FCU? 
Memang mesti pasang! Ekzos bukan standard biasanya akan menyebabkan setting minyak tidak optimum. Sebagai contoh, ekzos free-flow/tiada silencer biasanya akan menyebabkan kekurangan minyak di RPM tengah dan kelebihan minyak yang banyak di RPM tinggi. Akibatnya kuasa sebenar ekzos itu tidak dapat diserlahkan. FCU dapat mengatasi masalah ini.

12) Adakah FCU boleh digunakan di moto yang pasang Voltage Stabilizer (VS)?  
Boleh, tidak ada masalah.   

13) Moto saya baru keluar kedai, boleh saya pasang FCU? 
Kami sarankan FCU dipasang selepas 2000km untuk moto baru.

14) Berapa lama untuk pasang & tuning FCU? 
Pasang & tuning biasanya siap dalam 1 jam.

15) Perlukah saya pasang FCU kalau saya dah pasang Racing Kit yang mahal tu? (ECU racing, camshaft racing, exhaust) 
Ya, FCU memang diperlukan dalam kes ini. Kami mendapati bahawa setting minyak ECU racing kit ini kurang sesuai untuk camshaft dan exhaust racing yang dijual bersama. FCU dapat membetulkan setting minyak dan menyerlahkan kuasa sebenar Racing Kit ini.

16) Kalau saya pasang FCU boleh dapat 180km/h dalam keadaan tegak? 
Sudah tentu boleh kalau ada angin 100km/h dari arah belakang!

Info dari : http://fsrtech.com/fcu/faq

Komen admin FOG:

Pada pandangan peribadi kami, tidak salah untuk mencuba sesuatu produk yang dapat meningkatkan  prestasi jentera anda walaupun hanya 5-15%. Apabila prestasi motor meningkat, sudah tentu kepuasan diri turut meningkat. Tetapi perlu diingatkan, pemasangan FCU tidak akan menyebabkan motor anda boleh bergerak selaju superbike atau prestasi meningkat seperti sebuah superbike.Akan tetapi, apa yang penting, sokonglah produk buatan Malaysia. Wasalam.

Thursday, March 15, 2012

FZ150i Owners' Group


FZ150i Owners' Group atau lebih dikenali sebagai FOG telah diasaskan atas perbincangan diantara saudara Hakimy bin Jury dan Anuar. Penubuhan FOG ini adalah bermatlamat untuk menaikkan taraf pengguna motorsikal Yamaha FZ150i serta menjadikan FOG sebagai sebuah kumpulan atau 'group' rasmi dan berstatus tinggi dikalangan 'bikers' di Malaysia ini. 

Visi FOG ini juga menjurus kearah kemasyarakatan dimana tidak hanya berperanan sebagai sebuah kelab yang menganjurkan sesi konvoi dan aktiviti tunggangan hujung minggu. FOG berhasrat untuk mengumpul dana melalui sumbangan dari ahli dan penjualan barangan rasmi FOG supaya dana ini boleh digunakan untuk sumbangan ikhlas sekiranya berlaku sebarang kecelakaan dikalangan ahli. FZ150i Owners' Group bergerak melalui media sosial iaitu Facebook supaya lebih mudah untuk ahli menyampaikan maklumat terkini serta menjadi wadah perbincangan serta permasalahan. 

FOG berstatus 'Closed Group' dan hanya boleh disertai jika diluluskan oleh admin group yang dilantik untuk menerajui FOG ini demi menjaga taraf eksklusif. Penyertaan di FOG cukup mudah iaitu dengan hanya meminta untuk turut serta group di alamat : http://fz150iownersgroup.blogspot.com/ dan anda telahpun menjadi ahli. Pelbagai keistimewaan sebagai ahli bakal menyusul dan pastinya amat mengujakan. Terima kasih kerana sudi melayari Blog FZ150i OWNERS' GROUP ini.